Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat.
Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.
Hari ini 12 hb April Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di Surau Batu 9 Jalan Pantai.
Demo makanan sihat membuat pizza, aktiviti pembukaan program hari ini yang dikendalikan oleh cikgu Saodah Bt Ismail.
Sesi kedua ceramah gaya hidup sihat disampaikan oleh Pegawai Kemas Daerah En Anuar B. Shafie. Antara isi ceramah yang boleh dikongsikan ialah makan mengikut sunnah nabi dan bersederhana dalam pemakanan. En Anuar juga menekankan pembaziran makanan perlu dielakkan. Makanan yang sihat menjauhkan penyakit dari menghampiri kita.
Program Gaya Hidup Sihat ini dirasmikan oleh saudara Mua'amar Ghadafi Datuk Wira Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar.
Menurut Ghadafi untuk hidup bahagia dan tenang selain dari pemakanan yang sihat kita juga memerlukan kerajaan yang perihatin dan stabil.
Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada KEMAS kerana berjaya mengadakan satu program yang baik.