Monday, 18 January 2016

Program KCK KEMAS Bersama Masyarakat Parlimen Parit Buntar

Seramai lebih 40 orang masyarakat setempat Sungai Bakau hadir ke Program KCK Kemas Parit Buntar 18/1/2016 sekitar jam 2.30 petang di Dewan orang Ramai Sungai Bakau.

Ceramah bertajuk "Bersyukur" telah disampaikan oleh Encik Anuar Bin Shafie selaku Pegawai Kemas Daerah Kerian. Turut hadir Penyelia Kanan Kemas Parit Buntar, Puan Siti Nasriah Binti Sharip.

Pengisian Program ini juga diadakan Demontrasi Masakan Oleh Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Cik Nor Rashidah Binti Abu Bakar telah mendemontrasikan cara membuat Kek Brownies untuk khususnya kaum ibu.

Diakhir Program Kemas menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan yang telah disampaikan oleh Dato Abu Bakar Bin Mat Ali yang turut hadir bersama-sama.

Sedikit perkongsian erti dan makna bersyukur memberi impak yang baik dan para jemputan program memberi tumpuan setiap penerangan yang diberikan. Program diakhiri dengan sedikit jamuan minun petang pada jam 5.00 petang

No comments:

Post a Comment