Program Gaya Hidup Sihat Bersama Penduduk Di Kampung Jalan Pantai

Program Gaya Hidup Sihat Bersama Penduduk Di Kampung Jalan Pantai



Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat.

Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.


Hari ini 12 hb April Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di Surau Batu 9 Jalan Pantai. 
Demo makanan sihat membuat pizza, aktiviti pembukaan program hari ini yang dikendalikan  oleh cikgu Saodah Bt Ismail.
Sesi kedua ceramah gaya hidup sihat disampaikan oleh Pegawai Kemas Daerah En Anuar B. Shafie. Antara isi ceramah yang boleh dikongsikan ialah makan mengikut sunnah nabi dan bersederhana dalam pemakanan. En Anuar juga menekankan pembaziran makanan perlu dielakkan. Makanan yang sihat menjauhkan penyakit dari menghampiri kita. 


Program Gaya Hidup Sihat ini dirasmikan oleh saudara Mua'amar Ghadafi Datuk Wira Jamaludin,  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar.
Menurut Ghadafi untuk hidup bahagia dan tenang selain dari pemakanan yang sihat kita juga memerlukan kerajaan yang perihatin dan stabil. 
Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada KEMAS kerana berjaya mengadakan satu program yang baik.
Bengkel Keibubapaan DUN Kuala Kurau Dan DUN Titi Serong Terlaksana  Mengikut Takwim

Bengkel Keibubapaan DUN Kuala Kurau Dan DUN Titi Serong Terlaksana Mengikut Takwim


Bengkel Keibubapaan merupakan program wajib  yang telah disenaraikan di dalam takwim aktiviti tabika KEMAS. Seperti tahun lepas  KEMAS Parlimen Parit Buntar mengadakan bengkel mengikut DUN, iaitu DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong.  Seramai 250 ibu bapa menyertai Bengkel Keibubapaan di kedua-dua DUN  yang memberi pendedahan tentang pentingnya pendidikan awal terhadap  pendidikan awal kanak- kanak.
Penyelia Pra Sekolah  Pn Hasnah  berkata, bengkel tersebut diadakan sebagai pelengkap kepada usaha yang dijalankan oleh pihaknya dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak.

"Bengkel ini diharap sedikit sebanyak akan memberikan kesedaran serta pengetahuan kepada golongan tersebut mengenai psikologi kanak-kanak selain cara terbaik melayani kerenah mereka yang pelbagai," katanya

Perasmian program disempurnakan oleh Penghulu Mukim Bagan Tiang Tn Hj Sharul Nizam di DUN Kuala Kurau manakala DUN Titi Serong dirasmikan Oleh Setiausaha UMNO Bahagian Parit Buntar En Samsudin.
Adalah penting memastikan golongan ibu bapa turut berpengetahuan serta memainkan peranan seiring dengan usaha yang dijalankan oleh pihaknya dalam menyediakan pendidikan serta pembentukan keperibadian yang mulia dalam kalangan kanak-kanak.
Objektif bengkel adalah untuk memupuk sikap kprihatinan ibubapa terhadap anak-anak dan mewujudkan kesinambungan pendidikan kepada anak-anak disamping mengeratkan hubungan ibu bapa, guru dan masyarakat. 
Dua slot, pertandingan membuat sarapan pagi (sandwish) dan ceramah berunsur keagamaan antara pengisian program di kedua-dua DUN tersebut, tajuk ceramah berkaitan  Keibubapaan dan Ketatanegaraan yang mengupas peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi serta hala tuju anak-anak .


Seorang peserta Rozita Kamarudin , 42, mengakui bengkel tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain, malah memberi banyak ilmu pengetahuan berguna untuk mendidik anak dengan cara yang berkesan.
"Peserta juga diberi kesedaran tentang tanggungjawab serta kepentingan menanam semangat cintakan negara dalam kalangan anak-anak agar mereka mampu menjadi seorang warganegara yang berguna apabila dewasa nanti," katanya.
"Kemudahan dan peluang dalam bidang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan kepada kanak-kanak di negara ini berbanding beberapa negara luar yang bergolak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan seharusnya disyukuri oleh semua," katanya.